Sunday, June 1, 2014

#25 - EPILOG


Habis juga pengajian bagi semester dua ini. Semester yang aku kira lebih sistematik pengurusan masaku berbanding semester lepas. Walaupun terlibat dengan pelbagai program terutamanya program anjuran kolej, namun aku masih mampu waras akan keutamaan dalam menuntut ilmu.

Subjek Aplikasi Komputer khususnya telah banyak mengembangkan ilmu pengetahuan si dungu ini. Pendedahan kepada dunia IT yang luas membuatku sedar akan kepentingan penggunaan akses IT dalam bidang yang bakal kuceburi nanti.

Semasa kelas pertama subjek ini, satu perkara yang tidak dapat aku lupa adalah tentang pensyarahnya sendiri. Sifat spontan Encik Azzwan pada awalnya telah berjaya menarik minat pelajarnya. Sesi perkenalan menjadi perkara utama semasa kelas pertama. Bukan sahaja perkenalan sesama rakan sekelas tetapi juga kepada skop pembelajaran yang bakal dilalui sepanjang semester ini.

Perkara paling aku minati bagi subjek ini, aku berpeluang untuk mempunyai blog sendiri dan mampu menghasilkan entry blog setiap minggu. Aku pernah mempunyai blog sendiri dahulu tetapi disebabkan kekurangan keyakinan dan ilmu, aku terus membiarkan blog itu lupuk dimakan masa.

Melalui blog, aku belajar untuk berkongsi ilmu walaupun hanya secebis nilainya. Dari semasa ke semasa aku cuba perbaiki kelemahan aku dalam pengurusan blog ini. Aku cuba mendapatkan bantuan dan ajaran daripada kawan-kawan yang hebat dalam perkara ni. Selain itu, Encik Azzwan juga suka memberikan teguran yang ikhlas untuk penambahbaikan blog aku.

Dari header hinggalah ke isi kandungan dan widget-widget, template dan sebagainya menunjukkan perkembangan ilmu yang aku perolehi dalam dunia IT ini.  Selain itu, perkara yang paling aku minat semasa kelas ini adalah Encik Azzwan selalu berkongsi perkara-perkara yang memberi pengajaran supaya pelajarnya bukan sahaja berjaya dalam akademik semata mata namun berada di tangga teratas dalam sahsiah juga.


Sekian sahaja picisan-picisan yang dapat aku nukilkan dalam arena blog ini. Sebanyak 25 picisan telah terhasil dari ilmu penulis yang serba kekurangan dan serba kerapuhan ini. Setakat ini masih tiada lagi rancangan untuk meneruskan karya dalam blog ini tapi jika diizinkan Tuhan, aku akan muncul kembali.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Encik Azzwan, kawan-kawan sekelas, dan semua pembaca blog ini. Doakan kejayaan saya dan kawan-kawan dalam peperiksaan akhir yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selamat.







No comments:

Post a Comment