Sahabat itu terlalu sukar dijumpai. Malah diumpamakan seperti
mencari sebutir permata di kawasan pasir pantai yang maha luas.
Mutiara yang sifatnya menyerlah sememangnya dikatakan
memudahkan misi pencarian. Seperti mana terserlahnya keperibadian unggul seseorang
sahabat itu yang mampu menjadi aura penarik perhatian dan menggamit perasaan
sayang oleh orang sekeliling.
Namun, jangan pernah terlena, tidakkah kita sedia maklum
pasir pantai juga bersifat menyerlah kerana kelembutan dan kilauannya. Kekeliruan
timbul kerana pasir juga inginkan menjadi sesuatu yang bernilai kepada seluruh
insan. Ramai rakan-rakan yang sentiasa mencuba memberi yang terbaik kepada
rakan-rakan mereka. Namun, atas kekurangan diri sendiri, usaha itu tidak
bersifat berterusan kerana ada sahaja halangan mahupun sikap diri sendiri yang
sentiasa menjadi batasan kepada usaha murni ini. Umpama hilangnya pasir pantai
digenggaman tangan tatkala dipukul deras ombak lautan seperti itulah perhubungan ini.
Jangan pernah kita menyangka insan yang buruk itu, yang
jahat itu takkan pernah menjadi insan yang terbaik untuk kita. Butir permata
yang dicari jangan diingat akan dijumpai dalam kondisi yang bersih. Malah,
kadangkala diri kita juga yang perlu turut kotor untuk mencari permata itu. Kotoran lumpur
pasir pasti terlekat di seluruh tubuh diri sendiri dan juga pada permata yang dicari.
Ini bertepatan dengan konsep sahabat itu kerana masing-masing
saling melengkapi. Seorang sahabat itu merupakan refleksi kepada diri sendiri. Keikhlasan
hati dan saling menerima kelemahan mahupun kelebihan diri masing-masing seadanya menjadi kunci
utama dalam persahabatan ini.
Banggalah dan sayangilah sahabat anda sekiranya telah berjaya
menemui sahabat sejati yang dicari. Hati ini terkesan kesan kandungan khutbah Jumaat beberapa hari
yang lepas. Terima kasih bawa aku teman haritu, sahabat. Bertakung air mata ini menggambarkan kasihnya dan sayangnya Bilal kepada Nabi
Muhammad. Terasa di hati dek banyaknya kekurangan dan kelemahan ini dalam mengurus
soal persahabatan sendiri.
Akan aku cuba perbaiki diri ini wahai sahabat, rakan dan kawan. Mohon kemaafan dari
setiap insan andai pernah tersakit hati pada diriku yang hina ini.
No comments:
Post a Comment