Selepas SPM, aku telah melanjutkan pelajaran di peringkat
matrikulasi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Pada asalnya, semasa di
sekolah, aku sedaya upaya cuba untuk menghidari diri dari memilih haluan ini,
tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang.
Hari pendaftaran merupakan hari yang penuh debaran. Dengan berpakaian
kemeja putih yang baru dibeli, keluarga ku menghantar diri ku di sana. Daripada
dewan besar hinggalah ke bilik asrama aku ditemani oleh keluarga kesayangan ku.
Syukur kepada Tuhan, aku ditempatkan sebilik beersama salah seorang rakan
sekelasku semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Ini serba sedikit
menghilangkan debaran dan kegusaranku untuk menetap di situ. Aku mula bergaul
bersama rakan baru searas bersama rakan bilikku.
Minggu orientasi memenuhkan peluang untuk aku berkenalan
dengan lebih ramai lagi orang. Aku mula ditempatkan bersama rakan-rakan baru
yang bakal menjadi rakan kelas ku sepanjang setahun di matrikulasi. Ya,
sememangnya aku berasa asing pada mulanya kerana tidak mengenali sesiapa pun
dalam kalangan ahli kelas ku. Kami melakukan aktiviti bersama-sama sepanjang
minggu itu. Akhirnya aku telah dilantik sebagai ketua kelas bagi memimpin
rakan-rakanku yang lain.
Kemesraan yang timbul antara kami umpama kucing. Sikap ramah
antara kami menjadikan hubungan kami menjadi semakin erat seperti sebuah
keluarga yang harmoni. Pelbagai kenangan manis yang tidak dapat diungkapkan
kami jalani bersama-sama. Ya, kami selalu bergaduh tapi gaduh-gaduh manja
sebenarnya.
Sesi pembelajaran amat menarik tumpuan kami kerana variasi
kaedah dan cara setiap pengajar unjurkan kepada kami semasa di kuliah mahupun
di kelas tutoran. Sayangnya aku terhadap perakaunan senakin menebal semenjak
hari pertama lagi. Bagiku, ilmu dalam bidang aku mudah ku hadam dalam diri dan
aku semakin bersemangat sekiranya dibekalkan tugasan tutoran setiap subjek. Hanya
syukur yang dapat ku titipkan di saat mencapai pencapaian terbaik sepanjang
bergelar pelajar di kolej matrikulasi.
Apa-apa pun, pencapain dahulu itu usah diangkat menjadi
medium unjuran kepada semua untuk memuaskan nafsu riak tetapi angkatlah
semangat kejayaan itu bersama orang sekitar agar ia menjadi sesuatu yang
bernilai dan bermanfaat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang pernah
terlibat secara langsung dan tidak langsung atas pencapain ini.
No comments:
Post a Comment