Selamat Pagi!
Damainya suasana ketika pagi. Udaranya yang segar dapat
dihirup sepuas-puasnya oleh kita sang hidupan ciptaan Yang Pemurah. Cuaca yang
sedikit-dikit lembapnya bercampur sinaran mentari yang serba-serbi menghasilkan
komposisi yang menghidupkan ketenangan dan kelegaan dalam suasana. Ini mampu
merehatkan dan menyegarkan minda dan fizikal kita.
Alangkah indahnya apabila dapat melihat daun-daun, pepohon
hijau ketika pagi. Warna hijaunya seolah-olah hidup mampu menangkap tumpuan si
pemerhati. Ia umpama melihat seseorang yang sentiasa di hati, jiwa dan mental
menjadi lembut dan sejuk dek hijaunya si daun. Daun yang sejuk dibasahi embun
ketika awal-awal pagi menghasilkan ruang yang serba kesejukan yang mendamaikan.
Ramai orang suka berjoging pada waktu sebegini. Selain dari
kawasan riadah yang tidak sesak kerana orang ramai mula bersiap ke sekolah
ataupun tempat kerja, masa ini menjadi tumpuan kerana kurang panas dan selesa
untuk beriadah. Bersenam itu pemangkin kesihatan selain menjaga pemakanan.
Selain penting untuk kesihatan, ia turut memastikan tubuh sentiasa cergas dan
otak menjadi cerdas.
Selain itu, bagi kebanyakan pelajar, masa sebegini amat
sesuai bagi mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Ini dikatakan kondisi
persekitaran yang terlalu tenang meransang perkembangan otak mereka untuk
menghafal dan memahami ilmu yang mereka sedang belajar. Ketenangan ini
menghidupkan semangat sang pelajar untuk menuntut ilmu setelah segar bangun di
pagi hari. Tabahlah menuntut ilmu untuk kesenangan hidup di masa hadapan.
Nikmatilah masa pagi anda kerana ia mengandungi 1001 rahsia.
No comments:
Post a Comment