Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyuman itu
kadangkala menjadi penyeri, pengubat luka di hati. Hanya dengan senyumasn,
seseorang itu mampu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh diri sendiri
malah orang lain. Senyum ini mampu menerangi jiwa yang gelap. Dengan senyuman,
kita mampu memujuk, kita mampu memimpin. Kerana senyuman itu adsalah senjata yang
berhasil.
Senyumlah dari hati, duniamu berseri. Senyuman yang ikhlas
pasti jelas terpancar di wajah yang bercahaya. Dari situ dapat dilihat hati
budi seseorang insan. Ya, bukannya secara menyeluruh tetapi ia jelas
menggambarkan keperibadian yang unggul. Bayangkan segala persepsi buruk pada
setiap orang dapat ditangkis dan aura atau cas-cas positif akan terhasil lalu
membentuk komuniti yang sentiasa berprasangka baik.
Senyum umpama titian dalam kehidupan, kau tersenyum, ku
tersenyum, kemesraan menguntum. Senyumlah dengan semua orang, walaupun kita
saling tidak mengenali. Senyumlah tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan
warna. Ini kerana semangat bersatu padu dan muhibbah itu akan manis rasanya
oleh kita sebagai masyarakat Malaysia.
Senyum kepada semua,
Senyumanmu amatlah
bermakna,
Senyum membahagiakan,
Dengan senyuman
terjalinlah ikatan.
No comments:
Post a Comment