Coklat memberi kenikmatan. Betul tak? Ya, betul. Bayangkan,
satu bar coklat Cadbury, tidakpun Kitkat atau Toblerone mencair sedikit demi
sedikit di dalam mulut. Kelemakan cairan coklat tadi membahang dalam tekak
mengghairahkan si pemakan.
Aku selalunya makan coklat ketika minggu peperiksaan. Boleh dikatakan,
coklat menjadi peneman setia aku di saat aku mengulangkaji pelajaran pada lewat
malam. Coklat memberi aku kekuatan dan mampu menghilangkan rasa penat dan
mengantuk untuk belajar. Semasa zaman matrikulasi, selepas Isyak, aku akan
terus ke kedai runcit untuk membeli bekalan coklat mencukupi untuk dijadikan
makanan tenaga untuk belajar malam nanti. Coklat pilihan aku adalah Cadbury
Diary Milk. Cukuplah sekadar satu bar bersaiz sederhana, ia mammpu membuatkan
ku terjaga sehingga lewat pagi.
Pada zaman ini, terdapat pelbagai jenis coklat dihasilkan. Bukan
sekadar coklat koko tetapi juga adanya coklat putih, coklat berperisa
buah-buahan, coklat yang berperisa lada, dan banyak lagi di pasaran. Kanak-kanak
zaman ini amat bertuah kerana disajikan dengan pelbagai jenis coklat ini yang
berlainan kualiti juga harganya.
Tetapi janganlah kita leka menikmati coklat tanpa mengira
batas kesihatan. Pengambilan coklat yang berlebihan mampu menjejaskan kesihatan
dan mendatangkan penyakit kronik seperti obesity dan kencing manis. Coklat memudahkan
seseorang itu meningkatkan lemak badan. Ini mengundang kepada kenaikan berat
badan berlebihan dan ini mampu membawa kepada penyakit sakit jantung pula. Selain
itu, gigi akan mudah rosak dek kemanisan melampau coklat. Oleh itu,
berpada-padalah dalam pemgambilan coklat kerana ia memang memberi kemanisan
kini tetapi jika tidak dikawal memberi masam kepada kehidupan kita nanti.
No comments:
Post a Comment