Merah itu garang. Merah
itu sayang. Merah itu perang. Merah itu terlanjang.
Merah juga dikatakan
warna ketidakmakmuran kerana diertikan seperti limpahan darah merah pekat dek
perang yang tercetus lalu mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Ini
menjadi indikasi bahawa ketakutan, kesedihan, kebuntuan, kesakitan menjadi
elemen yang dominan dalam persekitaran lokasi peperangan.
Merah itu lembut. Warna merah jambu membuatkan hati terasa
cair tatkala dikaitkan dengan keayuan seorang gadis lantas meragut perhatian
sang jejaka. Seorang gadis dilihat serasi dengan warna kelembutan ini kerana ia
memberi persepsi sebagai seorang yang berpewatakan lemah lembut, pemalu, dan
comel.
Sebahagian orang menganggap bahawa warna merah itu seksi
dan. Ini kerana kemewahan dalam warna itu mampu menggoda perhatian ramai. Ia ibarat
sel-sel darah merah yang rancak mengalir dalam badan untuk membekalkan gas
oksigen kepada seluruh sel badan.
Kesimpulannya, pelbagai persepsi mampu dibuat daripada nama
dan sifat fizikal sahaja. Namun, usah pernah tertipu dengan pandang pertama
kerana belum tentu yang dilihat itu permata malahan kaca.
No comments:
Post a Comment