Warisan negara merupakan hadiah
turun temurun nenek moyang kita yang amat berharga. Variasi warisan asli Melayu
merupakan suatu kebanggaan dan menjadi ikon bagi sesuatu kelompok masyarakat
pada suatu masa dahulu. Batik, songket, zapin, kompang, wayang kulit dan banyak
lagi merupakan warisan kesenian budaya rakyat kita. Malangnya dari semasa ke
semasa, banyak warisan peninggalan ini lapuk dek hujan, lekang dek panas. Hal
ini amat merunsingkan para pelopor warisan kerana takut akan generasi akan
datang tidak dapat menilai dan menyaksikan lagi warisan-warisan peninggalan
ini.
Sebagai seorang anak muda yang
kian meningkat dewasa, saya amat berbesar hati untuk
mendekati warisan negara dari aspek latar belakang, sejarah, ciri-ciri, proses
pembuatan serta cara pengkomersialan warisan ini di seluruh negara mahupun
seantero dunia.
Kerja dalam pasukan yang sungguh komited dalam melaksanakan kajian kami. Kami
sanggup bekorban wang, masa dan tenaga dengan bersama-sama melawat tapak di
Terengganu. Walaupun jauh, perjalanan ini atas datar tanggungjawab dan dedikasi
kami terhadap tugas untuk kajian ini. Di sana, saya didedahkan dengan kemahiran
sosial seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan maklumat dan lain-lain. Kami
berpeluang untuk melakukan soal selidik kepada salah seorang staf di kilang
pembuatan batik di sana unutk mencari info yang dapat kami gunakan untuk
persembahan kajian nanti.
Tambahan, melalui kumpulan kajian
juga, konsep pengorganisasian juga saya dapati asah. Pembahagian tugas telah
kami lakukan demi melancarkan kajian kami. Pembahagian tugas membuat
persembahan ‘powerpoint’, pencarian maklumat beserta rujukan serta membuat
laporan diagihkan secara sekata demi menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan.
Dari sini dapat saya lihat bahawa setiap kumpulan pecahan tugas ini akan saling
berinteraksi satu sama lain untuk mencapai kata sepakat dan mengelakkan dari
berlaku sebarang ketidakfahaman antara ahli serta percanggahan maklumat.
Tuntasnya, kajian ini secara
jelas telah berjaya mencapai matlamatnya. Ia merupakan satu usaha yang unggul
di mana anak muda pada masa kini didedahkan secara holistik tentang warisan
ini. Amat besarlah harapan saya sekiranya kajian seperti ini dapat dilakukan lagi
pada masa hadapan untuk melahirkan generasi yang cakna kepada warisan negara
yang kian dilupakan.
No comments:
Post a Comment