Malaysia bumi bertuah.
Tanah dan suhu di negara ini menjadi pemangkin kepada sumber
tanaman yang pelbagai. Tanaman-tanaman ini terdiri dari sayuran-sayuran,
buah-buahan, dan juga bunga-bungaan. Lihatlah sahaja di sepanjang jalan mendaki
Cameron Highlands, kita dapat saksikan beratus-ratus gerai mahupun kedai yang
menjual tanaman-tanaman ini. Kesegaran serta kualiti tanaman yang diperoleh di
sana menjamin kepuasan para pembeli di samping harga yang ditawarkan adalah
berpatutan.
Orkid, bunga raya, bunga matahari, bunga ros dan pelbagai
lagi menjadi tarikan pengunjung kerana dalam dilihat dalam variasi warna yang
menyerlah dan menggamit minat pengunjung. Kebanyakan suri rumah akan menjadi
rambang mata untuk membeli bunga-bunga ini dengan banyak untuk dijadikan hiasan
landskap di kediaman mereka. Kepuasan itu diperoleh tatkala melihat bunga yang
dibeli mekar berkembang cantik di rumah masing-masing.
Selain itu, kenikmatan buah-buahan tempatan dapat dirasai
ketika memakan buah yang dijual di sana. Sebagai contoh, tananam straberi dapat
dikomersialkan di tanah tinggi ini. Ramai pengunjung tertarik untuk ke ladang buah
ini dan merasai sendiri pengalaman memetik buah straberi dari pohonnya. Kenikmatan
diperoleh lagi tatkala dihidangkan buah straberi ini untuk dinikmati bersama
limpahan coklat yang manis dan berlemak. Percampuran rasa buah yang sedikit
masam bersama coklat yang manis pasti membuatkan pelanggan leka dengan makanan
mereka.
Tambahan, Cameron Highland bukan sahaja menjadi pusat
tanaman-tanaman ini malah ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang
popular di Malaysia. Pelancong yang gemar akan keindahan alam hijau sekitar
pasti merindui pengalaman yang diperoleh semasa bercuti di sana yang penuh
keindahan dan kedamaian di samping suasana yang segar dan sejuk. Pelbagai
kawasan menarik dibuka sebagai tarikan pengunjung seperti ladang kaktus, ladang
straberi, dan macam-macam lagi. Ladang teh menjadi tarikan kerana mampu
menawarkan pemandangan ladang yang indah kepada para pengunjung dan sesuai
dijadikan kawasan bergambar kenang-kenangan bersama keluarga mahupun
rakan-rakan.
Cuti-cuti Malaysia.
No comments:
Post a Comment