Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol merupakan sebuah
Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah
yang serba megah kehijauan ini pasti memikat pemandangan tatkala melalui jalanraya
yang lurus di Pekan Batu Kikir.
Pada asalnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama
yang dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol dan akhirnya
menjadi sebuah sekolah integrasi. Dahulunya dikenali sebagai SBPIJ namun kini telah
diberi nafas baru dengan nama singkatan INTEJ. Keunikan sekolah ini menawarkan 3
aliran yang ditawarkan bagi para pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 iaitu
sains tulen agama, sains tulen, dan sains tulen teknikal. Bahasa Arab merupakan
subjekwajib bagi semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.
Nama INTEJ semakin melonjak naik dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum. Nasyid dan rugbi menjadi suatu yang sinonim dan kebitaraan
bagi sekolah ini kerana seringkali muncul dalam arena-arena pertandingan di
peringkat daerah, negeri, dan juga kebangsaan. Selain cuba terkehadapan dalam
bidang itu, INTEJ sentiasa komited dalam membentuk sahsiah peribadi yang unggul
dari aspek ketrampilan pelajar hinggalah ke aspek sahsiah.
Seperti kebanyakan SBP yang lain, pelajar-pelajar INTEJ
dimuatkan dalam sistem rumah iaitu Usamah bin Zaid, Tariq bin Ziad, Khalid
al-Walid, dan Hamzah Abd. Mutalib. Setiap rumah ini diketuai organisasi pelajar
sendiri dan dibantu oleh wakil-wakil guru rumah. Sistem yang diamalkan ini
bertujuan melahirkan suatu kelompok kehidupan yang berteraskan kekeluargaan dan
bersatu-padu. Pelajar akan diletakkan bersama ahli rumah lain di dalam dorm
masing-masing. Pengkhususan ini dapat melancarkan sistem keceriaan keselamatan
kebersihan, akademik, kokurikum, dan sahsiah di mana keempat-empat aspek ini
akan dinilai dari masa ke masa untuk diangkat sebagai juara keseluruhan semasa
Hari Anugerah Kokurikulum nanti.
Para guru dan barisan pentadbiran sekolah sentiasa komited
dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar. Guru-guru yang
berkaliber telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh
dedikasinya. Sifatt guru yang penyayang membuatkan para pelajar mudah tertarik
untuk lebih rajin dalam menuntut ilmu. Selain itu, pelbagai kemudahan
disediakan bagi memudahkan pembelajaran dan kehidupan pelajar semasa berada di
sekolah. Terbaru, konsep pembelajaran di taman menjadi tarikan para pengunjung
serta pelajar sendiri. Kerusi dan meja belajar ditempatkan di sekitar kawasan
berumput di dalam kawasan sekolah untuk menghidupkan suasana belajar yang
kondusif dan mendamaikan.
Sebagai seorang bekas pelajar INTEJ, saya berbangga dengan
sekolah saya. Walaupun boleh dikatakan masih di dalam era muda lagi, INTEJ
telahpun mencapai pelbagai anugerah gemilang seperti Sekolah Berprestij Tinggi dan
banak lagi di samping telah melahirkan pelajar-pelajar cemerlang yang kini
menuntut di universiti terkemuka dunia, luar negara mahupun dalam negara
sendiri.
Sayang Jempol. <3
No comments:
Post a Comment