Monday, May 5, 2014

#11 - HUJAN


Hujan yang turun bagaikan mutiara


Berkilau bersinar berkerdipan

Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi


Selembut hujan bercurahan

Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata

Bersama pedih, bersama rindu

Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi


Hujan merupakan anugerah Sang Pencipta kepada hambaNya. Titisan air mata si langit membawa 1001 rahsia alam yang gah ini. 

Air hujan membasuh segala kekotoran dan pencemaran dari langit, tanah hinggalah ke permukaan air. Udara dineutralisasikan tatkala segala gas-gas, debu-debu dan asap-asap dimampat lalu dibawa turun ke bumi. Jatuhlah air di bumi membawa kesegaran. Pokok-pokok dan hidupan dimandikan sehingga bersih sesuci embun. Alam diselubungi suasana segar-bugar dan sejuk tatkala sudah berjemur di bawah sinar mentari. Keseimbangan alam aturan Tuhan membuktikan keagunganNya.



 Air itu kuat. Kerakusan manusia memperolehi kekayaan memangkin kepada kemusnahan alam ini. Air hujan yang turun tidak dapat diproses dengan lancar semasa di hutan bukit. Hutan di kawasan tinggi menjadi medium pemprosesan dan penapisan air hujan. Pokok-pokok menjadi penahan menampung isipadu air yang turun dengan kuat dari menghakis permukaan tanah bukit. Kesan dari penebangan pokok-pokok di bahagian itu menyebabkan permukaan tanah menjadi bebas dan mudah menghakis. Kesannya, tanah runtuh berlaku dan membawa kepada bancir kilat. Diingatkan bencana ini mampu membahayakan diri dan mengorbankan jiwa.
 Peliharalah Bumi Kita

No comments:

Post a Comment