Pernah terfikir dalam fikiran, sesuatu tanpa kualiti tidak
akan mampu dan layak menjadi ikonik kepada masyarakat. Keadaan tanpa ‘value’
ini dikatakan pemangkin kemunduran dan kemelesatan dalam kehidupan.
Botol yang kosong.
Habis madu, sepah dibuang. Air mineral yang dijual di kedai
runcit kadangkala mencecah RM 3.00 sanggup dibeli tatkala insan terdesak dalam
kehausan. Terasa nikmat sekiranya dihirup sejuk dalam keadaan cuaca yang terik
sekarang ini tanpa memikirkan akan kos penghasilan produk tersebut. Botol cantik dilabel itu dicampak ke dalam
longkang apabila airnya sudah habis diminum. Fikirkan kos yang telah dibayar
untuk mendapatkannya.
Adakah keadaan kita seperti situsi di atas? Apabila sudah
habis kita pergunakan sesuatu, kita lepaskan begitu sahaja tanpa rasa ingin
memberi penghargaan agar rasa dihargai.
Jadikan sesuatu yang mampu berguna secara berterusan dalam
menabur bakti kepada masyarakat. Jangan pernah lupa botol yang kosong itu mampu
menjadi emas kepada setiap orang.
Sikap KITAR SEMULA jadikan amalan. Banyak manfaatnya dalam
pengamalan gaya tersebut. Kadar kuantiti sampah mampu dikurangkan selain mampu
menampung kos yang tinggi dalam penghasilan botol minuman. Alam sekitar yang menangis mampu diselamatkan dari kerakusan manusia dengan sikap sambil lewa dan pentingkan diri yang suka membuang sampah merata-rata.
Ironinya di sini, benda yang kecil dan kelihatan tidak
berguna lagi tidak semestinya menjadi sampah tetapi mampu menjadi emas. Fikir-fikirkan.
SOKONG KEMPEN KITAR SEMULA
No comments:
Post a Comment