Monday, April 28, 2014

#09 : KONTRADIK PENILAIAN



A4 putih itu menjadi lambang kesucian. Kenapa putih itu orang bilang suci? Kenapa warna hitam yang menjadi warga keindahan malam tidak pula digelar suci?


********** CERITA SI PUTIH DAN SI HITAM **********

Si Putih, gadis jelita di Kg. Sg. Pelangi. Sering disiul, sering dipuji, sering dipuja anak-anak muda kampung itu dek wajahnya ayu sesuci namanya. Putih punyai adik bernama Hitam. Hitam tidaklah secantik Putih, perwatakannya tidaklah seayu Putih malah kasar umpama anak laki-laki.

Mereka senantiasa menjadi bahan kontradik oleh setiap orang kampung dan tidak terlepas juga ibu bapa mereka sendiri. Putih itu umpama berlian namun Hitam pula hanyalah kaca. Disebabkan perbezaan fizikal ini, mereka mendapat perhatian dan layanan juga berbeza. Segala keperluan dan kehendak Putih selalu disempurnakan tetapi Hitam pula hanya mendiamkan diri dari menahan diri terasa hati dengan sikap suka bertangguh daripada ibu bapanya.

Walaupun dilayan sekadar picisan, Hitam tidak pernah menyoalkan perkara itu apakan lagi bertindak balas terhadap sikap ibu bapanya. Hitam juga tidak pernah iri hati kepada kakaknya, Putih. Tapi hati itu umpama kaca. Walaupun baru ditimpa satu butir batu yang kecil pasti meninggalkan kesan. Hitam pernah tersinggung sehingga membawanya kepada tindakan ingin bunuh diri. Dia pernah mengelar tangannya sehingga mengeluarkan darah tetapi sempat dihalang Putih.

Mereka berpelukan sambil menangisi keadaan. Si Putih sedar punca perlakuan Si Hitam itu. Dia meminta maaf akan segala kemewahan yang dia perolehi. Saat itu telah membuatkan Hitam mulai sedar dan mulai menerima segala kekuarangan yang dia dapat dan cuba untuk bersyukur dan gembira dengan segala keistimewaan diperolehi kakaknya.


Tiba satu saat, Si Putih telah cuba dirampas maruahnya oleh sepasang anak muda lelaki kampung di saat orang tuanya pergi menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka di bandar. Sedang berdua adik beradik itu mahu ke kamar masing-masing untuk beradu di waktu malam, tiba-tiba dua lelaki masuk melalui tingkap dapur rumah mereka. Putih dan Hitam tidak sempat berbuat apa-apa dek terkejut dengan kondisi asing itu. Mulut mereka dicekup dan diikiat. Si Hitam dilempar manakala Si Putih diragut bajunya sehingga terkoyak.

Si Putih hanya mampu mengalirkan air mata tatkala menjadi mainan kumpulan lelaki itu. Si Hitam kesian melihat kondisi kakanya itu lalu dia mengerah tenaganya sehabis mungkin meronta sehingga ikatannya terburai sedikit demi sedikit. Tanpa disedari, dia segera mengambil pisau di atas meja makan yang digunakan untuk memotong buah epal semasa makan malam tadi. Seorang lelaki itu sempat ditikam lalu berlaku pergelutan antara mereka bertiga. Pisau di tangan Hitam akhirnya dipegang pemuda itu lalu tersusuk ke perut Si Putih. Pemuda berdua itu cemas lalu cepat-cepat meninggalkan rumah itu. Si Hitam menjerit memanggil nama kakaknya itu sambil menekap kain bajunya pada luka Si Putih.

Pada masa yang sama, orang tua mereka tiba lalu terkesima dengan situasi dalam rumah mereka sekarang. Ayahnya segera menarik Si Hitam lalu diikat tangannya sambil si ibu meratapi si kakak. Rupanya, dalam benak fikiran orang tua itu, si Hitam yang telah menikam si Putih dek cemburu semboronanya terhadap kakaknya.

Alangkah sedihnya si adik tatkala dituduh sedemikian rupa oleh keluarganya sendiri. Segala kata-katanya, rayu-rayuannya tidak diendah oleh ibu bapanya sehinggalah pasukan polis tiba dan menahannya menaiki kereta polis. Si kakak yang telah pengsan segera dibawa ke hospital oleh ambulans yang tiba bersama-sama polis tadi.

Walaupun pada akhirnya, Si Hitam telah bebas dari pertuduhan kerana bukti sampel darah dan cap jari juga juga keterangan daripada Si Putih sendiri yang telah kembali sedar setelah pengsan hampir satu hari. Hitam dibawa pulang ke rumah lalu disambut dengan tangisan penyesalan ibu bapanya. Kini mereka sedar, anak yang telah mereka layan umpama sampah-sampah bertaburan di tepi jalan telah berjuang untuk menjaga keluarga sendiri.

Sememangnya tindakan mereka amat melampaui batas tapi apakan daya dendam itu takkan mampu melampaui kasih sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya.





********** TAMAT **********


Oleh itu, janganlah pernah kita menilai sesuatu ataupun seseorang melalui penampilan luar atau fizikalnya sahaja. Kenali hati budi terlebih dahulu supaya nilai dan cas-cas positif yang ada pada sesuatu itu dapat dihargai demi mewujudkan dunia yang lebih harmoni. Hormatilah ibu bapa walau dalam apa pun keadaan.









No comments:

Post a Comment