Ya. Aku sememangnya lain dari kawan-kawanku sekarang. Aku
tidak lagi hebat seperti mereka, lancar seperti mereka, kukuh seperti mereka. Aku
semakin berusia dan makin rapuh tulang ini dimamah masa.
Aku semakin kurang digunakan. Kelibatan kawan-kawanku
semakin menjadi perhatian oleh tuanku yang semakin sibuk mengulangkaji. Aku sering
disisihkan dari terus berbakti kepada tuanku yang mesra ku panggil Adi.
Dahulu, aku selalu menemankan Adi. Aku sentiasa bersedia
untuk dipegang Adi. Walaupun aku sentiasa pening semasa digunakannya, aku tidak
pernah mengeluh mahupun marah. Adi lebih gemar menggunakan aku berbanding
kawan-kawanku yang lain. Mungkin kerana aku lebih kacak dan tidak mudah
merungut tatkala membuat kerja. Cewah.
Tapi semua ini menjadi bayangan sahaja semenjak aku mulai
sakit. Aku pernah terjatuh dari tempat yang tinggi semasa adik kepada Adi memegangku.
Aku terhentak di lantai sehingga menyebabkan aku mengalami patah tulang. Terdapat
retakan pada badanku. Sebelum aku pengsan, sempat aku merasai dibelai Adi. Aku dapat
rasa aku diangkat pergi ke suatu tempat dan dibaringkan sebelum aku mulai
menutup mata. Mungkin inilah penamat riwayat hidupku.
Aku terkejut semasa aku tersedar dari tidur yang ku rasakan
agak lama. Aku berasa sakit-sakit badan sehingga menyulitkan aku untuk
bergerak. Aku hanya mampu memerhatikan kawan-kawanku makin rapat dengan Adi. Aku
makin cemburu. Aku sedih. Aku sedar kini aku sudah lumpuh menjadi sekadar
picisan. Aku makin kian merasai keasingan. Kenapa aku tidak dibuang sahaja? Kenapa
aku tidak diambil nyawa ku sahaja?
Terasa diriku ini kecil umpama picisan-picisan daun kering
yang digeser berterbangan ditiup angin. Rasa kehilangan, rapuh. Aku merajuk. Aku
terasa jatuh ke dalam zaman palking teruk dalam hayat aku.
Tiba-tiba Adi mendekatiku. Aku dipegangnya. Lalu aku
dibisikkan oleh Adi di telinga ku yang kecil. Adi menyatakan:
“Walaupun kau dah rosak. Tak semestinya aku akan buang kau. Aku
ingat lagi, kau dah banyak tolong aku. Masa aku study, masa aku exam. Ingat,
dari PMR lagi kau dah tolong aku sampailah aku Berjaya SPM. Kau lah yang teman
aku sampai lewat malam di saat kawan-kawan aku tidur. Wahai pensil Pilot
kesayanganku, aku akan simpan kau sebagai sumber inspirasi aku agar terus ingat
untuk usaha gigih mencapai kejayaan.”
Aku tersentak. Aku rasa terharu. Kini air mata ku menjadi
paradok kepada perasaan-perasaan aku sebelum ini. Kini aku rasa dihargai
walaupun aku mungkin tidak dapat lagi berbakti kepada tuanku. Terima kasih Adi.
No comments:
Post a Comment