Jatuh bukan bererti henti terus. Jatuh sekali bangun, jatuh dua kali bangun lagi, jatuh sepuluh kali atau seribu kali pun bangunlah lagi. Usaha jangan mudah dikalahkan dengan kegagalan.
Ramai orang berhenti mencari solusi setelah dilanda kegagalan. Diri ini pernah terbaca suatu artikel dalam laman sosial Muka Buku yang menyatakan tentang kegagalan itu adalah usaha Tuhan untuk menguji hambaNya yang dicintai. Fikirkan, dugaan yang dirasai oleh kita mampu membuat hati ini tabah dan kebal.
Ya, sememangnya sesetengah ujian itu mampu menjatuhkan kita dek sakit peritnya yang dialami, tapi tidakkah kita lupa bahawa segala yang perit itu terkandung 1001 rahsia yang dihamparkan kepada kita untuk difikirkan. Tuhan itu tidak zalim. Jangan pernah kita bersalah sangka pada yang menciptakan diri kerdil kita ini.
Jatuh membawa kecederaan membawa keperitan membawa kedukaaan. Tetapi adakah kecederaan itu membawa hingga ke akhir masa? Sampai masanya pasti kecederaan itu beransur pulih dimamah masa. Hilang kecederaan hilanglah kedukaan. Jadi tak guna sekiranya kita terus memikirkan kegagalan tapi fikirkanlah tentang kejayaan yang bakal diperoleh daripada kegagalan yang kita timpa.
Sayangi diri sendiri, cintailah diri sendiri. Mulakan dengan melihat saujana pemandangan yang indah untuk mendapat ketenangan dari alam ciptaanNya. Syukuri segala yang dapat dilihat, didengar, diungkap, dirasa supaya hati menjadi lembut. Hati lembut supaya mudah menerima kesilapan diri dan mudah untuk membaiki diri. Hirup udara yang dibekalkan secukupnya supaya keadaan diri menjadi segar supaya minda dan tubuh menjadi rasional dalam membuat analogi.
Mudahkan diri mendapatkan dan mendengar pendapat dan nasihat daripada insan yang rapat. Lupakan ego sementara untuk membantu diri ini untuk lahir dengan keazaman dan tekad yang baru. Yakinlah bahawa kekuatan bakal terkumpul lalu manfaatkan kekuatan baru itu dalam membawa diri dalam lembah yang mulia.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment