Monday, April 14, 2014

#05 - RAPUH

Rapuh bermakna lemah.
Ada bantahan?

Rapuh dikatakan sesuatu kondisi yang kekurangan kekuatan umpama rapuhnya daun-daun kering tatkala diasak, ditenyeh menjadi cebisan-cebisan halus di tapak tangan yang lalu terbang membawa diri ditiup angin.

Rapuh itu lemah.
 Ada bantahan?

Rapuh itu gangguan. Gangguan yang sering merunsingkan kepala. Gangguan yang melemahkan keyakinan, melemahkan kekuatan yang dibekalkan Tuhan kepada kita.

Bantahan? 
Ya.

Rapuh memang menjadi masalah. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa rapuh itu membawa kekuatan? Pernahkah kita terdetik di hati, kerapuhan itu memangkin kita untuk bertindak lebih baik di masa hadapan berbanding sekarang?



Kita harus sentiasa ingat bahawa kita mempunyai kelemahan. Sekuat setegap sekukuh besi pun mampu cair. Jadi usahkan kita menonggak kepala membangga diri akan kehebatan, kewibawaan yang kita ada. Jangan sampai kelemahan yang tidak kita sangkakan itu memakan diri. Sentiasa beringatlah, kerapuhan dalam diri mungkin tidak disedari kehadirannya kini, tapi mungkin esok. Kerapuhan jati diri boleh terbentuk tatkala kita mulai berasa bangga akan kejayaan yang dicapai. Kerapuhan yang bakal menjahanamkan seorang insan yang baru bertapak dalam gelaran Si Mulia.

Jadi pandanglah kerapuhan diri itu umpama ingatan sayang Yang Esa supaya kita terus berada dalam haluan yang betul dan tidak mudah tersasar ke haluan yang silap. 

Tapi dalam memikirkan kelemahan diri, jangan pula sehingga kita jatuh.


No comments:

Post a Comment