Monday, March 31, 2014

#04 - MOVE ON

Jatuh sekali bukan bererti jatuh selama-lamanya, hilang segala-galanya. Tuhan Yang Maha Esa sendiri menjanjikan akan ada ujian bagi tiap-tiap hambaNya. Cumanya tahap ujian itu atau ‘level of difficulty’nya yang berbeza-beza mengikut kemampuan setiap individu. Tiada lebih tiada kurang.

Kerana apa? Kerana di situlah kita bakal nampak peluang untuk menyingkap sejumlah solusi penyelesaian segala masalah yang merunsingkan kita. Kita akan mengenal pasti segala aspek yang menyumbang kepada kegagalan kita. Lalu, pemerhatian itu akan kita ungkapkan dalam fikiran untuk dianalisis seterusnya menjadikan kita cakna dalam membuat tindakan pembetulan
.
Kehidupan haruslah tidak mudah menyerah. Jika mudah menyerah, maknanya kita lemah.  Andai kata sesuatu masalah menerkam kita, katakanlah  pada diri, “MOVE ON”! Usah menangguhkan masa, usah dianggap leka tetapi lantaslah kita menggorak langkah mencatur strategi untuk kita bangkit dari kekalahan.

Sebagai contoh, satu situasi diberi:

Kita menaruh kepercayaan kepada seseorang untuk menjadi rahsia yang boleh mengaibkan kita. Bagi kita, dialah yang amat boleh dipercayai. Tetapi, dalam masa kita mempercayainya, kita lupa akan sesuatu. Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan dan keterlanjuran. Atas sebab-sebab tertentu, insan yang dipercayai ini kemungkinan terlepas kata kepada orang lain akan rahsia kita. Mungkin juga perkara ini berlaku tanpa insan itu sedar.



Kemudian, disebabkan tersebarnya rahsia itu, orang mencemuh dan mula menjauhi kita. Kita berasa gusar, malu, sedih, kecewa, dan marah. Perasaan menyesal itu umpama sebuah batu sebesar bukit menghimpit kita. Lama-kelamaan kita pula yang berasa tawar hati dan semakin memencilkan diri sendiri daripada orang ramai. Oleh itu, orang makin hebat menyalahkan kita akan keburukan itu. Ini berlaku kerana kita tidak mahu membela diri sendiri.

Konsep “MOVE ON” di sini menekankan walaupun kita menjadi paradok dalam kehidupan sekeliling, kita perlu tangkis dari tanggapan negatif orang ramai dan juga tanggapan buruk terhadap diri sendiri. Beranilah dan bersemangatlah untuk bangun membela nasib diri. Sememangnya ini akan memakan masa yang lama dan juga ujian pelbagai daripada persepsi orang ramai. Tetapi, teruskanlah hidup, terimalah diri seadanya dan tanamkanlah azam yang utuh dalam diri untuk menjadi lebih dan lebih baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih.








No comments:

Post a Comment