Thursday, March 13, 2014

#01 - TENTANG AKU

Salam Sejahtera Ke Atas Kamu, Dan Rahmat Allah Ke atasmu serta Barakah Allah jua atasmu.

                                                                         


Tatkala sekalian manusia sedang enak dibuai mimpi, beradu di kamar masing-masing, telah lahirnya insan baru ke muka bumi ini. Tepat jam 3.35 pagi tanggal 1 Januari 1994, insan yang diberi nama Muhammad Farhan Asyraf bin Mustapar telah dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lahirnya si Farhan ini ke dalam sebuah keluarga besar yang terdiri daripada sepasang suami isteri bersama 7 orang anak mereka yang lain.

Jangan nak skema sangat la paan. Farhan sekarang dah besar pun. Aku sekarang sudahpun genap berusia 20 tahun. 20 tahun wei. Ye, memang tak dinafikan terlalu banyak suka duka dalam hidup telah aku tempuhi. Turun naik dalam hidup telah aku alami. Kejayaan kegagalan telah aku selami. Pelbagai benda baru aku cuba rasai dari semasa ke semasa. Dan salah satunya adalah dengan menghasilkan sebuah blog. Ye, blog inilah.


 Aku mendapat pendidikan awal di Taska Abim Sikamat, Seremban semasa 2006. Kemudian aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sikamat hingga ke darjah 6. Selepas itu aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah lalu ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Selesai bersekolah, aku melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kini aku di Universiti Kebangsaan Malaysia tercinta dalam bidang Ekonomi.


P/s :
F – first time tulis dalam blog, so rase kekok sikit.
A – ape boleh buat.
R – risau jugak ayat macam skema sangat.
H – harap ok la kot.
A – aku takde idea.
N – nak markah sangat.

A – aku kene tulis entry lain pulak lepas ni.
S – sir azwan, harap puas hati la dengan entry pertama ni.
Y – ye, nak markah lebih.
R – rimas buat last-last minute ni.
A – Assalamualaikum.
F – first till the end.


Setakat ini sahajalah entri yang pertama ini. Lepas ni, aku cuba untuk menulis dengan lebih baik lagi. 

No comments:

Post a Comment