Dua
tiga kucing berlari,
Mana
nak sama si kucing belang,
Dua
tiga boleh ku cari,
Mana
nak sama si kucing belang.
Pantun di atas menunjukkan
sesuatu yang amat bernilai itu amat sukar dicari bahkan sukar untuk dijaga.
KEHILANGAN bukanlah hanya sekadar
kekurangan namun ini menjadi suatu batasan buat seseorang untuk terus menerus berjaya
dengan mencipta langkah kejayaan demi kejayaan.
Kadangkala kita mudah untuk
kehilangan. Kehilangan apa? Kehilangan keyakinan.
Keyakinan bererti kebolehan atau
dorongan untuk kita berani dan bersemangat untuk membuat suatu tindakan dan
aksi. Kita perloeh keyakinan dari pelbagai sumber. Keyakinan itu datangnya dari
mata turun ke hati. Tatkala mata mencari keberanian, hati mencari kesungguhan. Keyakinan
itu perlu dibentuk dalam setiap insan supaya mampu menjadi nilai tambah untuk
menjadi seseorang yang hebat.
Tatkala diri penuh keyakinan, ini
membentuk diri menjadi kukuh, kuat untuk melaksanakan perancangan mimpi yang
telah dijana supaya menjadi realiti.
Tetapi kadang-kala kita terasa, diri
dalaman selalu menyekat keyakinan kita lalu membantutkan perjuangan kita. Keyakinan
itu biarlah umpama mengalir dibawa darah seluruh tubuh. Tetapi dikala saat
seperti sesuatu gergasi yang menapis keyakinan dalam diri itu, sekujur tubuh
berasa kosong, takut, sepi, dan KEHILANGAN. Di manakah kesemua sumber-sumber
keyakinan itu pergi semasa itu? Mana nasihat mak ayah yang selalu membangkitkan
semangat? Mana kefasihan kita semasa bercakap berucap di khalayak ramai selama
ini? Mana perginya keberanian kita untuk mencuba sesuatu yang penuh berisiko
seperti dulu?
Selalunya kita akan berasa seperti ini semasa tidak dapat apa
yang diinginkan. Selalunya, keputusan yang diharapkan hanya sekadar angin di
awangan dan piawaian yang ditetapkan tidak mampu untuk dilepasi. Usahkan kata bunga,
daunnya juga tidak diperoleh.
Cuba nilai kembali, adakah setimpal
usaha yang telah dilakukan. Adakah setimpal masa yang kita luangkan untuk
mengejar mimpi disamping menjaga hubungan sebagai hamba Yang Esa.
Ingatlah tatkala diri berasa
KEHILANGAN, kembalilah kepada Yang Satu. Tunduklah, sujudlah, doalah kepadaNya
yang sentiasa membuka langit kepada hambaNya berdoa. Usah terus jatuh, cepatlah
naik. Memang sound easier said than done tapi hidup mestilah diteruskan. Yang lepas
mesti kita tinggalkan di belakang, bersedialah untuk perkara-perkara mendatang.
Jadi buatlah persediaan untuk masa hadapan.
Kalau rasa sesuatu mimpi itu
penting, work from now. it is ok to be sad, it is ok to fall, it is ok to fail,
as long kita cepat-cepat get up and fight back. Semua akan rasa jatuh, tidak
menagapa untuk berasa sedih ddan sakit sebentar. Tetapi bantulah diri
kemudiannya untuk bangkit cepat, jadi lebih bersemangat, bukan untuk rasa lemah,
bukan untuk terus menerus berasa KEHILANGAN.
Di kesempatan ini, saya mengajak semua supaya bersama-sama berdoa memohon agar dipermudahkan usaha pencarian pesawat MH370 beserta penumpang-penumpang dan krew-krew. Amin.
credit to Eddy. Terima kasih beri semangat haritu. :)
No comments:
Post a Comment