Thursday, May 22, 2014

#21 - LAPARNYA

Perut yang kosong merunsingkan kepala si Abu. Perancangannya untuk belajar dengan fokus pada mala mini sudah terganggu. Niat di hati ingin belajar tanpa sebarang gangguan namun apakan daya, perut tak sudi. Perasaan menyesal tidak mengambil makan malam bersama rakan-rakannya tadi mulai menghantui diri. Alasan tiada masa digunakan ketika menolak ajakan teman-teman. Akhirnya, Abu masih terpaksa menghabiskan sedikit masa belajarnya untuk mencari makanan bagi mengisi perut yang sudah berbunyi kelaparan. Selepas itu, dia terus mengulangkaji pelajaran Ekonominya itu.

Situasi ini sering berlaku dalam kalangan pelajar terutamnya ketika musim peperiksaan. Tidak dapat dinafikan, ramai yang gemar untuk mengulangkaji pelajaran pada titik-titik akhir. Bayangkan, peperiksaan pada pagi esoknya diasah usahanya bermula malam sebelum peperiksaan. Pelajar sanggup bersengkang mata dan tidak makan semata-mata mahu menggunakan seoptima mungkin saat-saat akhir ini untuk menghafal dan memahami konsep setiap ilmu yang diajar guru dan pensyarah.



Pada saat ini pelajar akan mudah tertekan walaupun terdapat gangguan yang kecil dan sedikit seperti perut berbunyi kelaparan. Perkara ini bakal menjadi gangguan yang terlalu kuat dan mungkin pelajar bakal kehilangan fokusnya.

Bagi mengelakkan perancangan yang telah diatur daripada terganggu, maka bersedialah dari awal dari sebarang kemungkinan punca akan gangguan itu. Ambilkan makanan yang cukup dan berkhasiat bagi memberi keekuataan fizikal dan mental untuk bekerja keras di saat akhir. Tenangkan diri ddan luangkan sedikit waktu untuk badan dan minda berehat.




No comments:

Post a Comment