Wednesday, May 14, 2014

#17 - KOIR UKM

Pengalaman berkoir pertama aku bermula ketika terlibat dalam persembahan koir bersempena Majlis Konvokesyen UKM ke-41 yang lepas. Kumpulan persembahan koir ini diuruskan oleh bahagian Artisukma, UKM sendiri.

Pada asalnya, aku tidak berminat untuk melibatkan diri dalam koir tetapi disebabkan ramai kawanku terlibat sama, ini membuatkan diri aku perlahan-lahan turut terlibat sama. Memang malu pada mulanya untuk menyanyi di hadapan orang tetapi apakan daya, catuan telah dipilih. Kami dilatih dengan pelbagai lagu yang pelbagai bahasa sebagai persediaan persembahan nanti.

Saringan suara setiap ahli kumpulan dilakukan pada awal sesi perjumpaan untuk pengkelasan suara. Pelbagai isitlah baru telah ku pelajari seperti alto, bass, tenor, soprano, dan lain-lain. Kami diberikan latihan mengikut pengkelasan suara masing-masing. Pada mulanya, malu dan takut masih menghantui kebanyakan ahli kerana ini merupakan pengalaman pertama kami. Tetapi dari semasa ke semasa, perasaan itu semakin menghilang lalu membuatkan kami menjadi fokus kepada persemabahan. Komitmen daripada setiap ahli membuatkan sesi latihan berjalan lancar. Kami membuat persembahan selama 4 hari di mana terdapat dua siding konvokesyen setiap hari.  Suatu pengalaman yang amat menakjubkan ketika membuat persembahan di hadapan ribuan tetamu yang memenuhi DECTAR.



Selepas itu, aku dipilih bersama sebahagian rakan-rakan yang lain untuk mewakili UKM dalam Konsert Koir MAKUM IPTA 2013. Pasukan UKM dianugerahkan pemenang tempat ketiga dalam konsert tersebut. Kemeriahan dapat disaksikan tatkala menyaksikan persembahan koir dari IPTA yang lain wlaaupun menyedari hakikat mereka merupakan saingan kami. Persembahan dari setiap univerisiti menghiburkan kami dan juga para penonton yang lain.





Jadi, usah takut ntuk mencuba sesuatu yang baru. Mana tahu, yang baru itu mungkin beri lebih banyak kepuasan dan kenikmatan kepada kami. 


No comments:

Post a Comment