Lompat si katak lompat. Lompat lah tinggi-tinggi.
Lompat merupakan satu kata kerja yang menunjukkan perbuatan
yang menggunakan tenaga dan otot kaki untuk berada di paras yang lebih tinggi
walaupun sekejap.
Kejayaan yang dikecapi usahlah kita membangga diri. Cukuplah
sebentar sahaja kita merasa puas akan kejayaan diri agar tak termakan dek
kesombongan diri. Nikmatilah masa kita di puncak walaupun seketika kerana pasti
segala rasa penat dan keringat dibayar dengan kejayaan.
Selain itu, untuk mencapai kejayaan pastinya memerlukan
usaha. Bukan usaha yang enteng tetapi usaha yang kuat. Kerahkan segala tenaga
walaupun sakit mahupun penat. Usaha yang berterusan bakal memberi manfaat yang panjang
walaupun terdapat kemungkinan sasaran tidak tercapai seperti diharapkan tetapi
kita mampu belajar menerima segala kekurangan dan terus mencuba.
Ibarat katak, semakin jauh dia ingin melompat, pasti semakin
kuat lonjatan yang dikerah pada otot kaki belakangnya. Walaupun sukar untuk kita beristiqomah dalam berusaha tetapi yakinlah yang ganjaran sentiasa menanti bagi sesiapa yang terus menerus berusaha keras.
Perhatikan alam sekitar
dan fikirlah kerelevanan setiap ciptaan Tuhan agar kita sentiasa menjadi
hambaNya yang mengambil peluang dalam 1001 rahsia ciptaanNya.
No comments:
Post a Comment