Jatuh sekali bukan bererti jatuh selama-lamanya, hilang
segala-galanya. Tuhan Yang Maha Esa sendiri menjanjikan akan ada ujian bagi
tiap-tiap hambaNya. Cumanya tahap ujian itu atau ‘level of difficulty’nya yang
berbeza-beza mengikut kemampuan setiap individu. Tiada lebih tiada kurang.
Kerana apa? Kerana di situlah kita bakal nampak peluang
untuk menyingkap sejumlah solusi penyelesaian segala masalah yang merunsingkan
kita. Kita akan mengenal pasti segala aspek yang menyumbang kepada kegagalan
kita. Lalu, pemerhatian itu akan kita ungkapkan dalam fikiran untuk dianalisis
seterusnya menjadikan kita cakna dalam membuat tindakan pembetulan
.
Kehidupan haruslah tidak mudah menyerah. Jika mudah
menyerah, maknanya kita lemah. Andai
kata sesuatu masalah menerkam kita, katakanlah pada diri, “MOVE ON”! Usah menangguhkan masa,
usah dianggap leka tetapi lantaslah kita menggorak langkah mencatur strategi
untuk kita bangkit dari kekalahan.
Sebagai contoh, satu situasi diberi:
Kita menaruh kepercayaan kepada seseorang untuk menjadi
rahsia yang boleh mengaibkan kita. Bagi kita, dialah yang amat boleh
dipercayai. Tetapi, dalam masa kita mempercayainya, kita lupa akan sesuatu. Setiap
manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan dan keterlanjuran. Atas sebab-sebab
tertentu, insan yang dipercayai ini kemungkinan terlepas kata kepada orang lain
akan rahsia kita. Mungkin juga perkara ini berlaku tanpa insan itu sedar.
Kemudian, disebabkan tersebarnya rahsia itu, orang mencemuh
dan mula menjauhi kita. Kita berasa gusar, malu, sedih, kecewa, dan marah. Perasaan
menyesal itu umpama sebuah batu sebesar bukit menghimpit kita. Lama-kelamaan
kita pula yang berasa tawar hati dan semakin memencilkan diri sendiri daripada
orang ramai. Oleh itu, orang makin hebat menyalahkan kita akan keburukan itu. Ini
berlaku kerana kita tidak mahu membela diri sendiri.
Konsep “MOVE ON” di sini menekankan walaupun kita menjadi
paradok dalam kehidupan sekeliling, kita perlu tangkis dari tanggapan negatif
orang ramai dan juga tanggapan buruk terhadap diri sendiri. Beranilah dan
bersemangatlah untuk bangun membela nasib diri. Sememangnya ini akan memakan
masa yang lama dan juga ujian pelbagai daripada persepsi orang ramai. Tetapi,
teruskanlah hidup, terimalah diri seadanya dan tanamkanlah azam yang utuh dalam
diri untuk menjadi lebih dan lebih baik. Buang yang keruh, ambil yang jernih.