A4 putih itu menjadi lambang kesucian. Kenapa putih itu
orang bilang suci? Kenapa warna hitam yang menjadi warga keindahan malam tidak
pula digelar suci?
********** CERITA SI
PUTIH DAN SI HITAM **********
Si Putih, gadis jelita di Kg. Sg. Pelangi. Sering disiul,
sering dipuji, sering dipuja anak-anak muda kampung itu dek wajahnya ayu sesuci
namanya. Putih punyai adik bernama Hitam. Hitam tidaklah secantik Putih, perwatakannya
tidaklah seayu Putih malah kasar umpama anak laki-laki.
Mereka senantiasa menjadi bahan kontradik oleh setiap orang kampung dan tidak terlepas juga ibu bapa mereka sendiri. Putih itu umpama berlian namun Hitam
pula hanyalah kaca. Disebabkan perbezaan fizikal ini, mereka mendapat perhatian
dan layanan juga berbeza. Segala keperluan dan kehendak Putih selalu
disempurnakan tetapi Hitam pula hanya mendiamkan diri dari menahan diri terasa
hati dengan sikap suka bertangguh daripada ibu bapanya.
Walaupun dilayan sekadar picisan, Hitam tidak pernah
menyoalkan perkara itu apakan lagi bertindak balas terhadap sikap ibu bapanya. Hitam
juga tidak pernah iri hati kepada kakaknya, Putih. Tapi hati itu umpama kaca. Walaupun
baru ditimpa satu butir batu yang kecil pasti meninggalkan kesan. Hitam pernah
tersinggung sehingga membawanya kepada tindakan ingin bunuh diri. Dia pernah
mengelar tangannya sehingga mengeluarkan darah tetapi sempat dihalang Putih.
Mereka berpelukan sambil menangisi keadaan. Si Putih sedar
punca perlakuan Si Hitam itu. Dia meminta maaf akan segala kemewahan yang dia
perolehi. Saat itu telah membuatkan Hitam mulai sedar dan mulai menerima segala
kekuarangan yang dia dapat dan cuba untuk bersyukur dan gembira dengan segala
keistimewaan diperolehi kakaknya.
Tiba satu saat, Si Putih telah cuba dirampas maruahnya oleh
sepasang anak muda lelaki kampung di saat orang tuanya pergi menghadiri majlis
perkahwinan sahabat mereka di bandar. Sedang berdua adik beradik itu mahu ke
kamar masing-masing untuk beradu di waktu malam, tiba-tiba dua lelaki masuk melalui tingkap dapur rumah mereka. Putih dan Hitam tidak sempat
berbuat apa-apa dek terkejut dengan kondisi asing itu. Mulut mereka dicekup dan
diikiat. Si Hitam dilempar manakala Si Putih diragut bajunya sehingga terkoyak.
Si Putih hanya mampu mengalirkan air mata tatkala menjadi
mainan kumpulan lelaki itu. Si Hitam kesian melihat kondisi kakanya itu lalu
dia mengerah tenaganya sehabis mungkin meronta sehingga ikatannya terburai sedikit demi
sedikit. Tanpa disedari, dia segera mengambil pisau di atas meja makan yang
digunakan untuk memotong buah epal semasa makan malam tadi. Seorang lelaki itu
sempat ditikam lalu berlaku pergelutan antara mereka bertiga. Pisau di tangan
Hitam akhirnya dipegang pemuda itu lalu tersusuk ke perut Si Putih. Pemuda berdua
itu cemas lalu cepat-cepat meninggalkan rumah itu. Si Hitam menjerit memanggil
nama kakaknya itu sambil menekap kain bajunya pada luka Si Putih.
Pada masa yang sama, orang tua mereka tiba lalu terkesima
dengan situasi dalam rumah mereka sekarang. Ayahnya segera menarik Si Hitam
lalu diikat tangannya sambil si ibu meratapi si kakak. Rupanya, dalam benak
fikiran orang tua itu, si Hitam yang telah menikam si Putih dek cemburu semboronanya terhadap kakaknya.
Alangkah sedihnya si adik tatkala dituduh sedemikian rupa
oleh keluarganya sendiri. Segala kata-katanya, rayu-rayuannya tidak diendah oleh ibu bapanya
sehinggalah pasukan polis tiba dan menahannya menaiki kereta polis. Si kakak
yang telah pengsan segera dibawa ke hospital oleh ambulans yang tiba
bersama-sama polis tadi.
Walaupun pada akhirnya, Si Hitam telah bebas dari pertuduhan
kerana bukti sampel darah dan cap jari juga juga keterangan daripada Si Putih sendiri yang telah
kembali sedar setelah pengsan hampir satu hari. Hitam dibawa pulang ke rumah lalu disambut dengan tangisan penyesalan ibu bapanya. Kini mereka sedar, anak yang
telah mereka layan umpama sampah-sampah bertaburan di tepi jalan telah berjuang
untuk menjaga keluarga sendiri.
Sememangnya tindakan mereka amat melampaui batas tapi apakan
daya dendam itu takkan mampu melampaui kasih sayang seorang anak kepada kedua
ibu bapanya.
********** TAMAT
**********
Oleh itu, janganlah pernah kita menilai sesuatu ataupun
seseorang melalui penampilan luar atau fizikalnya sahaja. Kenali hati budi
terlebih dahulu supaya nilai dan cas-cas positif yang ada pada sesuatu itu
dapat dihargai demi mewujudkan dunia yang lebih harmoni. Hormatilah ibu bapa walau dalam apa pun keadaan.