Monday, May 26, 2014

#23 - KMNS


Selepas SPM, aku telah melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Pada asalnya, semasa di sekolah, aku sedaya upaya cuba untuk menghidari diri dari memilih haluan ini, tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang.

Hari pendaftaran merupakan hari yang penuh debaran. Dengan berpakaian kemeja putih yang baru dibeli, keluarga ku menghantar diri ku di sana. Daripada dewan besar hinggalah ke bilik asrama aku ditemani oleh keluarga kesayangan ku. Syukur kepada Tuhan, aku ditempatkan sebilik beersama salah seorang rakan sekelasku semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Ini serba sedikit menghilangkan debaran dan kegusaranku untuk menetap di situ. Aku mula bergaul bersama rakan baru searas bersama rakan bilikku.

Minggu orientasi memenuhkan peluang untuk aku berkenalan dengan lebih ramai lagi orang. Aku mula ditempatkan bersama rakan-rakan baru yang bakal menjadi rakan kelas ku sepanjang setahun di matrikulasi. Ya, sememangnya aku berasa asing pada mulanya kerana tidak mengenali sesiapa pun dalam kalangan ahli kelas ku. Kami melakukan aktiviti bersama-sama sepanjang minggu itu. Akhirnya aku telah dilantik sebagai ketua kelas bagi memimpin rakan-rakanku yang lain.



Kemesraan yang timbul antara kami umpama kucing. Sikap ramah antara kami menjadikan hubungan kami menjadi semakin erat seperti sebuah keluarga yang harmoni. Pelbagai kenangan manis yang tidak dapat diungkapkan kami jalani bersama-sama. Ya, kami selalu bergaduh tapi gaduh-gaduh manja sebenarnya.

Sesi pembelajaran amat menarik tumpuan kami kerana variasi kaedah dan cara setiap pengajar unjurkan kepada kami semasa di kuliah mahupun di kelas tutoran. Sayangnya aku terhadap perakaunan senakin menebal semenjak hari pertama lagi. Bagiku, ilmu dalam bidang aku mudah ku hadam dalam diri dan aku semakin bersemangat sekiranya dibekalkan tugasan tutoran setiap subjek. Hanya syukur yang dapat ku titipkan di saat mencapai pencapaian terbaik sepanjang bergelar pelajar di kolej matrikulasi.




Apa-apa pun, pencapain dahulu itu usah diangkat menjadi medium unjuran kepada semua untuk memuaskan nafsu riak tetapi angkatlah semangat kejayaan itu bersama orang sekitar agar ia menjadi sesuatu yang bernilai dan bermanfaat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung atas pencapain ini. 


Thursday, May 22, 2014

#22 - INPUT KAJIAN TENTANG WARISAN NEGARA


Warisan negara merupakan hadiah turun temurun nenek moyang kita yang amat berharga. Variasi warisan asli Melayu merupakan suatu kebanggaan dan menjadi ikon bagi sesuatu kelompok masyarakat pada suatu masa dahulu. Batik, songket, zapin, kompang, wayang kulit dan banyak lagi merupakan warisan kesenian budaya rakyat kita. Malangnya dari semasa ke semasa, banyak warisan peninggalan ini lapuk dek hujan, lekang dek panas. Hal ini amat merunsingkan para pelopor warisan kerana takut akan generasi akan datang tidak dapat menilai dan menyaksikan lagi warisan-warisan peninggalan ini.

Sebagai seorang anak muda yang kian meningkat dewasa, saya amat berbesar hati untuk mendekati warisan negara dari aspek latar belakang, sejarah, ciri-ciri, proses pembuatan serta cara pengkomersialan warisan ini di seluruh negara mahupun seantero dunia. 

Kerja dalam pasukan yang sungguh komited dalam melaksanakan kajian kami. Kami sanggup bekorban wang, masa dan tenaga dengan bersama-sama melawat tapak di Terengganu. Walaupun jauh, perjalanan ini atas datar tanggungjawab dan dedikasi kami terhadap tugas untuk kajian ini. Di sana, saya didedahkan dengan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan maklumat dan lain-lain. Kami berpeluang untuk melakukan soal selidik kepada salah seorang staf di kilang pembuatan batik di sana unutk mencari info yang dapat kami gunakan untuk persembahan kajian nanti.


Tambahan, melalui kumpulan kajian juga, konsep pengorganisasian juga saya dapati asah. Pembahagian tugas telah kami lakukan demi melancarkan kajian kami. Pembahagian tugas membuat persembahan ‘powerpoint’, pencarian maklumat beserta rujukan serta membuat laporan diagihkan secara sekata demi menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan. Dari sini dapat saya lihat bahawa setiap kumpulan pecahan tugas ini akan saling berinteraksi satu sama lain untuk mencapai kata sepakat dan mengelakkan dari berlaku sebarang ketidakfahaman antara ahli serta percanggahan maklumat.

Tuntasnya, kajian ini secara jelas telah berjaya mencapai matlamatnya. Ia merupakan satu usaha yang unggul di mana anak muda pada masa kini didedahkan secara holistik tentang warisan ini. Amat besarlah harapan saya sekiranya kajian seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan untuk melahirkan generasi yang cakna kepada warisan negara yang kian dilupakan.


#21 - LAPARNYA

Perut yang kosong merunsingkan kepala si Abu. Perancangannya untuk belajar dengan fokus pada mala mini sudah terganggu. Niat di hati ingin belajar tanpa sebarang gangguan namun apakan daya, perut tak sudi. Perasaan menyesal tidak mengambil makan malam bersama rakan-rakannya tadi mulai menghantui diri. Alasan tiada masa digunakan ketika menolak ajakan teman-teman. Akhirnya, Abu masih terpaksa menghabiskan sedikit masa belajarnya untuk mencari makanan bagi mengisi perut yang sudah berbunyi kelaparan. Selepas itu, dia terus mengulangkaji pelajaran Ekonominya itu.

Situasi ini sering berlaku dalam kalangan pelajar terutamnya ketika musim peperiksaan. Tidak dapat dinafikan, ramai yang gemar untuk mengulangkaji pelajaran pada titik-titik akhir. Bayangkan, peperiksaan pada pagi esoknya diasah usahanya bermula malam sebelum peperiksaan. Pelajar sanggup bersengkang mata dan tidak makan semata-mata mahu menggunakan seoptima mungkin saat-saat akhir ini untuk menghafal dan memahami konsep setiap ilmu yang diajar guru dan pensyarah.



Pada saat ini pelajar akan mudah tertekan walaupun terdapat gangguan yang kecil dan sedikit seperti perut berbunyi kelaparan. Perkara ini bakal menjadi gangguan yang terlalu kuat dan mungkin pelajar bakal kehilangan fokusnya.

Bagi mengelakkan perancangan yang telah diatur daripada terganggu, maka bersedialah dari awal dari sebarang kemungkinan punca akan gangguan itu. Ambilkan makanan yang cukup dan berkhasiat bagi memberi keekuataan fizikal dan mental untuk bekerja keras di saat akhir. Tenangkan diri ddan luangkan sedikit waktu untuk badan dan minda berehat.




Monday, May 19, 2014

#20 - LOMPAT-LOMPAT

Lompat si katak lompat. Lompat lah tinggi-tinggi.



Lompat merupakan satu kata kerja yang menunjukkan perbuatan yang menggunakan tenaga dan otot kaki untuk berada di paras yang lebih tinggi walaupun sekejap.

Kejayaan yang dikecapi usahlah kita membangga diri. Cukuplah sebentar sahaja kita merasa puas akan kejayaan diri agar tak termakan dek kesombongan diri. Nikmatilah masa kita di puncak walaupun seketika kerana pasti segala rasa penat dan keringat dibayar dengan kejayaan.

Selain itu, untuk mencapai kejayaan pastinya memerlukan usaha. Bukan usaha yang enteng tetapi usaha yang kuat. Kerahkan segala tenaga walaupun sakit mahupun penat. Usaha yang berterusan bakal memberi manfaat yang panjang walaupun terdapat kemungkinan sasaran tidak tercapai seperti diharapkan tetapi kita mampu belajar menerima segala kekurangan dan terus mencuba.



Ibarat katak, semakin jauh dia ingin melompat, pasti semakin kuat lonjatan yang dikerah pada otot kaki belakangnya. Walaupun sukar untuk kita beristiqomah dalam berusaha tetapi yakinlah yang ganjaran sentiasa menanti bagi sesiapa yang terus menerus berusaha keras.

Perhatikan alam sekitar dan fikirlah kerelevanan setiap ciptaan Tuhan agar kita sentiasa menjadi hambaNya yang mengambil peluang dalam 1001 rahsia ciptaanNya.
 

#19 - SEKOLAHKU


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah yang serba megah kehijauan ini pasti memikat pemandangan tatkala melalui jalanraya yang lurus di Pekan Batu Kikir.

Pada asalnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah agama yang dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol dan akhirnya menjadi sebuah sekolah integrasi. Dahulunya dikenali sebagai SBPIJ namun kini telah diberi nafas baru dengan nama singkatan INTEJ. Keunikan sekolah ini menawarkan 3 aliran yang ditawarkan bagi para pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 iaitu sains tulen agama, sains tulen, dan sains tulen teknikal. Bahasa Arab merupakan subjekwajib bagi semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.



Nama INTEJ semakin melonjak naik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Nasyid dan rugbi menjadi suatu yang sinonim dan kebitaraan bagi sekolah ini kerana seringkali muncul dalam arena-arena pertandingan di peringkat daerah, negeri, dan juga kebangsaan. Selain cuba terkehadapan dalam bidang itu, INTEJ sentiasa komited dalam membentuk sahsiah peribadi yang unggul dari aspek ketrampilan pelajar hinggalah ke aspek sahsiah.

Seperti kebanyakan SBP yang lain, pelajar-pelajar INTEJ dimuatkan dalam sistem rumah iaitu Usamah bin Zaid, Tariq bin Ziad, Khalid al-Walid, dan Hamzah Abd. Mutalib. Setiap rumah ini diketuai organisasi pelajar sendiri dan dibantu oleh wakil-wakil guru rumah. Sistem yang diamalkan ini bertujuan melahirkan suatu kelompok kehidupan yang berteraskan kekeluargaan dan bersatu-padu. Pelajar akan diletakkan bersama ahli rumah lain di dalam dorm masing-masing. Pengkhususan ini dapat melancarkan sistem keceriaan keselamatan kebersihan, akademik, kokurikum, dan sahsiah di mana keempat-empat aspek ini akan dinilai dari masa ke masa untuk diangkat sebagai juara keseluruhan semasa Hari Anugerah Kokurikulum nanti.



Para guru dan barisan pentadbiran sekolah sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar. Guru-guru yang berkaliber telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasinya. Sifatt guru yang penyayang membuatkan para pelajar mudah tertarik untuk lebih rajin dalam menuntut ilmu. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan pembelajaran dan kehidupan pelajar semasa berada di sekolah. Terbaru, konsep pembelajaran di taman menjadi tarikan para pengunjung serta pelajar sendiri. Kerusi dan meja belajar ditempatkan di sekitar kawasan berumput di dalam kawasan sekolah untuk menghidupkan suasana belajar yang kondusif dan mendamaikan.




Sebagai seorang bekas pelajar INTEJ, saya berbangga dengan sekolah saya. Walaupun boleh dikatakan masih di dalam era muda lagi, INTEJ telahpun mencapai pelbagai anugerah gemilang seperti Sekolah Berprestij Tinggi dan banak lagi di samping telah melahirkan pelajar-pelajar cemerlang yang kini menuntut di universiti terkemuka dunia, luar negara mahupun dalam negara sendiri. 

Sayang Jempol. <3

Thursday, May 15, 2014

#18 - COKLAT MASAM MANIS

Coklat memberi kenikmatan. Betul tak? Ya, betul. Bayangkan, satu bar coklat Cadbury, tidakpun Kitkat atau Toblerone mencair sedikit demi sedikit di dalam mulut. Kelemakan cairan coklat tadi membahang dalam tekak mengghairahkan si pemakan.


Aku selalunya makan coklat ketika minggu peperiksaan. Boleh dikatakan, coklat menjadi peneman setia aku di saat aku mengulangkaji pelajaran pada lewat malam. Coklat memberi aku kekuatan dan mampu menghilangkan rasa penat dan mengantuk untuk belajar. Semasa zaman matrikulasi, selepas Isyak, aku akan terus ke kedai runcit untuk membeli bekalan coklat mencukupi untuk dijadikan makanan tenaga untuk belajar malam nanti. Coklat pilihan aku adalah Cadbury Diary Milk. Cukuplah sekadar satu bar bersaiz sederhana, ia mammpu membuatkan ku terjaga sehingga lewat pagi.




Pada zaman ini, terdapat pelbagai jenis coklat dihasilkan. Bukan sekadar coklat koko tetapi juga adanya coklat putih, coklat berperisa buah-buahan, coklat yang berperisa lada, dan banyak lagi di pasaran. Kanak-kanak zaman ini amat bertuah kerana disajikan dengan pelbagai jenis coklat ini yang berlainan kualiti juga harganya.



Tetapi janganlah kita leka menikmati coklat tanpa mengira batas kesihatan. Pengambilan coklat yang berlebihan mampu menjejaskan kesihatan dan mendatangkan penyakit kronik seperti obesity dan kencing manis. Coklat memudahkan seseorang itu meningkatkan lemak badan. Ini mengundang kepada kenaikan berat badan berlebihan dan ini mampu membawa kepada penyakit sakit jantung pula. Selain itu, gigi akan mudah rosak dek kemanisan melampau coklat. Oleh itu, berpada-padalah dalam pemgambilan coklat kerana ia memang memberi kemanisan kini tetapi jika tidak dikawal memberi masam kepada kehidupan kita nanti. 

Wednesday, May 14, 2014

#17 - KOIR UKM

Pengalaman berkoir pertama aku bermula ketika terlibat dalam persembahan koir bersempena Majlis Konvokesyen UKM ke-41 yang lepas. Kumpulan persembahan koir ini diuruskan oleh bahagian Artisukma, UKM sendiri.

Pada asalnya, aku tidak berminat untuk melibatkan diri dalam koir tetapi disebabkan ramai kawanku terlibat sama, ini membuatkan diri aku perlahan-lahan turut terlibat sama. Memang malu pada mulanya untuk menyanyi di hadapan orang tetapi apakan daya, catuan telah dipilih. Kami dilatih dengan pelbagai lagu yang pelbagai bahasa sebagai persediaan persembahan nanti.

Saringan suara setiap ahli kumpulan dilakukan pada awal sesi perjumpaan untuk pengkelasan suara. Pelbagai isitlah baru telah ku pelajari seperti alto, bass, tenor, soprano, dan lain-lain. Kami diberikan latihan mengikut pengkelasan suara masing-masing. Pada mulanya, malu dan takut masih menghantui kebanyakan ahli kerana ini merupakan pengalaman pertama kami. Tetapi dari semasa ke semasa, perasaan itu semakin menghilang lalu membuatkan kami menjadi fokus kepada persemabahan. Komitmen daripada setiap ahli membuatkan sesi latihan berjalan lancar. Kami membuat persembahan selama 4 hari di mana terdapat dua siding konvokesyen setiap hari.  Suatu pengalaman yang amat menakjubkan ketika membuat persembahan di hadapan ribuan tetamu yang memenuhi DECTAR.



Selepas itu, aku dipilih bersama sebahagian rakan-rakan yang lain untuk mewakili UKM dalam Konsert Koir MAKUM IPTA 2013. Pasukan UKM dianugerahkan pemenang tempat ketiga dalam konsert tersebut. Kemeriahan dapat disaksikan tatkala menyaksikan persembahan koir dari IPTA yang lain wlaaupun menyedari hakikat mereka merupakan saingan kami. Persembahan dari setiap univerisiti menghiburkan kami dan juga para penonton yang lain.





Jadi, usah takut ntuk mencuba sesuatu yang baru. Mana tahu, yang baru itu mungkin beri lebih banyak kepuasan dan kenikmatan kepada kami. 


#16 - SUASANA PAGI HARI

Selamat Pagi!




Damainya suasana ketika pagi. Udaranya yang segar dapat dihirup sepuas-puasnya oleh kita sang hidupan ciptaan Yang Pemurah. Cuaca yang sedikit-dikit lembapnya bercampur sinaran mentari yang serba-serbi menghasilkan komposisi yang menghidupkan ketenangan dan kelegaan dalam suasana. Ini mampu merehatkan dan menyegarkan minda dan fizikal kita.

Alangkah indahnya apabila dapat melihat daun-daun, pepohon hijau ketika pagi. Warna hijaunya seolah-olah hidup mampu menangkap tumpuan si pemerhati. Ia umpama melihat seseorang yang sentiasa di hati, jiwa dan mental menjadi lembut dan sejuk dek hijaunya si daun. Daun yang sejuk dibasahi embun ketika awal-awal pagi menghasilkan ruang yang serba kesejukan yang mendamaikan.




Ramai orang suka berjoging pada waktu sebegini. Selain dari kawasan riadah yang tidak sesak kerana orang ramai mula bersiap ke sekolah ataupun tempat kerja, masa ini menjadi tumpuan kerana kurang panas dan selesa untuk beriadah. Bersenam itu pemangkin kesihatan selain menjaga pemakanan. Selain penting untuk kesihatan, ia turut memastikan tubuh sentiasa cergas dan otak menjadi cerdas.

Selain itu, bagi kebanyakan pelajar, masa sebegini amat sesuai bagi mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Ini dikatakan kondisi persekitaran yang terlalu tenang meransang perkembangan otak mereka untuk menghafal dan memahami ilmu yang mereka sedang belajar. Ketenangan ini menghidupkan semangat sang pelajar untuk menuntut ilmu setelah segar bangun di pagi hari. Tabahlah menuntut ilmu untuk kesenangan hidup di masa hadapan.

Nikmatilah masa pagi anda kerana ia mengandungi 1001 rahsia.





Tuesday, May 13, 2014

#15 - SENYUMLAH SEMUA



Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyuman itu kadangkala menjadi penyeri, pengubat luka di hati. Hanya dengan senyumasn, seseorang itu mampu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh diri sendiri malah orang lain. Senyum ini mampu menerangi jiwa yang gelap. Dengan senyuman, kita mampu memujuk, kita mampu memimpin. Kerana senyuman itu adsalah senjata yang berhasil.

Senyumlah dari hati, duniamu berseri. Senyuman yang ikhlas pasti jelas terpancar di wajah yang bercahaya. Dari situ dapat dilihat hati budi seseorang insan. Ya, bukannya secara menyeluruh tetapi ia jelas menggambarkan keperibadian yang unggul. Bayangkan segala persepsi buruk pada setiap orang dapat ditangkis dan aura atau cas-cas positif akan terhasil lalu membentuk komuniti yang sentiasa berprasangka baik.

Senyum umpama titian dalam kehidupan, kau tersenyum, ku tersenyum, kemesraan menguntum. Senyumlah dengan semua orang, walaupun kita saling tidak mengenali. Senyumlah tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan warna. Ini kerana semangat bersatu padu dan muhibbah itu akan manis rasanya oleh kita sebagai masyarakat Malaysia.




Senyum kepada semua,
Senyumanmu amatlah bermakna,
Senyum membahagiakan,

Dengan senyuman terjalinlah ikatan.

#14 - KENANGAN DRAMA

Anda minat berdrama? Aku mula berkecimpung dalam bidang drama semasa di bangku sekolah lagi. Semasa di Tingkatan 2, aku mula berjinak dalam arena ini hanya sebagai pembantu prop sahaja. Tugas aku pada mulanya adalah menjaga buka tutupnya tabir di atas pentas. Semasa melihat kesungguhan rakan-rakan seperjuangan memainkan watak masing-masing semasa sesi latihan dan pertandingan membuatkan ku berasa tercabar untuk menjadi salah seorang pelakon dalam pasukan drama sekolah.




Semasa di Tingkatan 3, aku menghadiri sesi pemilihan barisan pelakon bagi mewakili sekolah dalam Pertandingan Drama Pentas Bahasa Inggeris peringkat daerah. Seperti mengiyakan harapan aku tahun lepas, aku telah dipilih sebagai pelakon utama bagi drama itu. Aku dibekalkan dengan skrip penuh drama itu. Kisah penderitaan seorang anak dalam sebuah keluarga yang sentiasa dibuli kakak-kakaknya yang lalu hidup menjadi senang tatkala berjumpa putera idaman hati. Kisah yang unik dan amat menarik pada pemikiran aku.

Semasa sesi latihan pertama, baru aku tahu betapa sukar dan gusarnya perasaan tatkala membawa watak di hadapan orang ramai. Baru ku tahu rasanya menahan malu ketika berhadapan penonton. Baru ku tahu akan kawalan suara yang betul dalam menyampaikan cerita. Aku dilatih untuk berbicara dengan suara, nada dan lenggok yang betul. Di samping itu, aku turut mengambil kesempatan untuk belajar memperbaiki Bahasa Inggeris ku.

Pembawaan watak amatlah penting kerana melalui kita, segala pengajaran, nilai, emosi, dan kualiti cerita itu sendiri dapat terserlah. Segala keringat dikongsi bersama ahli pasukan yang sentiasa komited dalam melakukan tugas masing-masing hinggalah ke hari pertandingan.




Hari yang dinanti telah tiba, aku berdiri di hadapan ramai pelajar sekolah. Aku bukan menjadi diri aku di atas pentas itu. Telah ku hakis diriku digantikan dengan watak lakonan aku sahaja. Segala perasaan gugup dan malu aku tinggalkan ke belakang demi memberi yang terbaik kepada kumpulan kami.





Itulah sedikit coretan ku dalam arena drama ini. Kini, setelah beberapa tahun tidak aktif dalam berdrama, perasaan malu mula menyalutiku kembali walaupun hanya berlakon untuk sementara dalam video. Tetapi pengalaman berlakon adalah suatu pengalaman yang amat bermakna dan membantu dalam perkembangan potensi diri.

Saturday, May 10, 2014

#13 - CUTI MALAYSIA



Malaysia bumi bertuah.

Tanah dan suhu di negara ini menjadi pemangkin kepada sumber tanaman yang pelbagai. Tanaman-tanaman ini terdiri dari sayuran-sayuran, buah-buahan, dan juga bunga-bungaan. Lihatlah sahaja di sepanjang jalan mendaki Cameron Highlands, kita dapat saksikan beratus-ratus gerai mahupun kedai yang menjual tanaman-tanaman ini. Kesegaran serta kualiti tanaman yang diperoleh di sana menjamin kepuasan para pembeli di samping harga yang ditawarkan adalah berpatutan.






Orkid, bunga raya, bunga matahari, bunga ros dan pelbagai lagi menjadi tarikan pengunjung kerana dalam dilihat dalam variasi warna yang menyerlah dan menggamit minat pengunjung. Kebanyakan suri rumah akan menjadi rambang mata untuk membeli bunga-bunga ini dengan banyak untuk dijadikan hiasan landskap di kediaman mereka. Kepuasan itu diperoleh tatkala melihat bunga yang dibeli mekar berkembang cantik di rumah masing-masing.

Selain itu, kenikmatan buah-buahan tempatan dapat dirasai ketika memakan buah yang dijual di sana. Sebagai contoh, tananam straberi dapat dikomersialkan di tanah tinggi ini. Ramai pengunjung tertarik untuk ke ladang buah ini dan merasai sendiri pengalaman memetik buah straberi dari pohonnya. Kenikmatan diperoleh lagi tatkala dihidangkan buah straberi ini untuk dinikmati bersama limpahan coklat yang manis dan berlemak. Percampuran rasa buah yang sedikit masam bersama coklat yang manis pasti membuatkan pelanggan leka dengan makanan mereka.




Tambahan, Cameron Highland bukan sahaja menjadi pusat tanaman-tanaman ini malah ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Pelancong yang gemar akan keindahan alam hijau sekitar pasti merindui pengalaman yang diperoleh semasa bercuti di sana yang penuh keindahan dan kedamaian di samping suasana yang segar dan sejuk. Pelbagai kawasan menarik dibuka sebagai tarikan pengunjung seperti ladang kaktus, ladang straberi, dan macam-macam lagi. Ladang teh menjadi tarikan kerana mampu menawarkan pemandangan ladang yang indah kepada para pengunjung dan sesuai dijadikan kawasan bergambar kenang-kenangan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.




Cuti-cuti Malaysia.



Monday, May 5, 2014

#12 - MERAH

Merah itu garang. Merah itu sayang. Merah itu perang. Merah itu terlanjang.

Warna merah banyak disinonimkan dengan variasi makna. Sebagai contoh, warna merah pada Jalur Gemilang sebagai lambang keberanian dan kegagahan. Ini menunjukkan suatu yang positif sebagai penyuntik semangat kepada si pencinta patriotik.

Merah juga dikatakan warna ketidakmakmuran kerana diertikan seperti limpahan darah merah pekat dek perang yang tercetus lalu mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Ini menjadi indikasi bahawa ketakutan, kesedihan, kebuntuan, kesakitan menjadi elemen yang dominan dalam persekitaran lokasi peperangan.




Merah itu lembut. Warna merah jambu membuatkan hati terasa cair tatkala dikaitkan dengan keayuan seorang gadis lantas meragut perhatian sang jejaka. Seorang gadis dilihat serasi dengan warna kelembutan ini kerana ia memberi persepsi sebagai seorang yang berpewatakan lemah lembut, pemalu, dan comel.

Sebahagian orang menganggap bahawa warna merah itu seksi dan. Ini kerana kemewahan dalam warna itu mampu menggoda perhatian ramai. Ia ibarat sel-sel darah merah yang rancak mengalir dalam badan untuk membekalkan gas oksigen kepada seluruh sel badan.


Kesimpulannya, pelbagai persepsi mampu dibuat daripada nama dan sifat fizikal sahaja. Namun, usah pernah tertipu dengan pandang pertama kerana belum tentu yang dilihat itu permata malahan kaca.

#11 - HUJAN


Hujan yang turun bagaikan mutiara


Berkilau bersinar berkerdipan

Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi


Selembut hujan bercurahan

Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata

Bersama pedih, bersama rindu

Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi


Hujan merupakan anugerah Sang Pencipta kepada hambaNya. Titisan air mata si langit membawa 1001 rahsia alam yang gah ini. 

Air hujan membasuh segala kekotoran dan pencemaran dari langit, tanah hinggalah ke permukaan air. Udara dineutralisasikan tatkala segala gas-gas, debu-debu dan asap-asap dimampat lalu dibawa turun ke bumi. Jatuhlah air di bumi membawa kesegaran. Pokok-pokok dan hidupan dimandikan sehingga bersih sesuci embun. Alam diselubungi suasana segar-bugar dan sejuk tatkala sudah berjemur di bawah sinar mentari. Keseimbangan alam aturan Tuhan membuktikan keagunganNya.



 Air itu kuat. Kerakusan manusia memperolehi kekayaan memangkin kepada kemusnahan alam ini. Air hujan yang turun tidak dapat diproses dengan lancar semasa di hutan bukit. Hutan di kawasan tinggi menjadi medium pemprosesan dan penapisan air hujan. Pokok-pokok menjadi penahan menampung isipadu air yang turun dengan kuat dari menghakis permukaan tanah bukit. Kesan dari penebangan pokok-pokok di bahagian itu menyebabkan permukaan tanah menjadi bebas dan mudah menghakis. Kesannya, tanah runtuh berlaku dan membawa kepada bancir kilat. Diingatkan bencana ini mampu membahayakan diri dan mengorbankan jiwa.
 Peliharalah Bumi Kita